Posts

Penglahiran Bakat Kreatif

Image
   PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF KELAS TERAKHIR BERSAMA DR KAMARIAH  Pada awalnya, apabila melihat senarai daftar kursus subjek yang harus diambil semasa semester 3, aku terlalu teruja kerana dalam fikiran ku subjek ini , aku akan mempelajari berkaitan ilmu lakonan dan nyanyian dan sebagainya. rupanya tafsiran aku salah, subjek ini mengajar cara penulisan karya kreatif. lima minggu pertama, sejujurnya aku tidak meminati untuk hadir ke kelas ini. namun setelah terhasilnya sebuah cerpen hasil penulisan aku sendiri. perasaan ku berubah dan menjadi tertunggu-tunggu untuk menghadiri kelas tersebut. aku menjadi lebih semangat untuk menulis.   pensyarah yang mengajar subjek ini bukan calang calang orang. beliau seorang penulis yang sangat hebat dan beliau telah banyak memenangi banyak anugerah dalam bidang penulisan. beliau banyak hasilkan karya penulisan karya kreatif  subjek ini sangat bagus. usaha fakulti untuk mewajibkan subjek ini kepada semua pelajar dalam fakul...

Bahasa Melayu vs Bahasa Rojak.

Image
 Bahasa Melayu vs Bahasa Rojak Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memelihara bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara ini. Tidak kiralah dalam apa bidang sekalipun, pertuturan dalam bahasa ini perlu dijaga.Namun, menyedihkan apabila bahasa kebangsaan semakin disisihkan. Dirosakkan gara-gara penggunaan bahasa rojak, pasar mahupun bahasa asing yang semakin berleluasa sekarang ini. Tak perlu pergi jauh, lihat sahaja drama tempatan kita.   Penggunaan bahasa Melayu yang sebenar-benarnya itu semakin diabaikan. Malah dalam program hiburan sendiri, artis  dan pempengaruh sekarang  dilihat lebih memilih bertutur dalam bahasa Inggeris. Memang tak pandai berbahasa Melayukah? M enurut Pengerusi Lembaga Pengelola DBP ke-12, Datuk Dr Anwar Ridhwan, dalam hal itu, beliau melihat perlunya misi utama penubuhan organisasi berkenaan terus diperjuangkan.Justeru tegas beliau, antara misi utama yang akan dilaksanakan sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP adalah menambah ba...

Budaya, Nenek Si Bongkok Tiga

Image
Nenek Si Bongkok Tiga  Halaman rumah atau kawasan lapang adalah gelanggang yang sering digunakan untuk permainan ini. Kanak-kanak lelaki dan perempuan menggemari permainan ini dan mereka memainkannya bersama-sama. Tiada had bilangan pemain malah lebih ramai pemain lebih menyeronokkan. Alatan yang diperlukan ialah sebatang kayu sebagai tongkat dan sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata. Sebelum memulakan permainan seorang pemain diperlukan untuk memegang peranan sebagai 'nenek'. Pemain untuk peranan ini ditentukan melalui kaedah undian lai lai li tam plong dan kaedah wan to som. Pemain yang kalah dalam undian ini mengambil peranan sebagai 'nenek'. Pemain lain pula berperanan sebagai 'cucu'. Pemain yang berperanan sebagai 'nenek' mesti menutup mata dengan sehelai kain atau sapu tangan agar ia tidak dapat melihat 'cucu-cucunya'. 'Nenek' diberikan sebatang tongkat, dan dengan mata tertutup, seolah-olah 'nenek buta' yang berj...

Hiburan Kanak-Kanakku

Image
  Permainan Kegemaranku  Bola Tepuk juga dikenali sebagai permainan Bola Mini Kertas. Ia dipercayai wujud pada tahun 1950an dan berasal dari Negara Thai serta dibawa masuk ke Perlis. Cara dan peraturan permainan ini sama seperti perlawanan bola sepak yang sebenar tetapi dengan saiz yang berbeza. Permainan ini biasanya dimainkan di atas lantai atau meja. Kad manila dibentang sebagai padang bola. Tiang gol diperbuat daripada kertas saiz A4 dilipat dua dan dilubangkan. Sebanyak 22 keping kertas keras bersaiz 9 cm panjang dan 4 cm lebar bertindak sebagai pemain. Kertas keras boleh diambil daripada kotak pembungkus teh dan sebagainya. Bola dibentuk bulat dan diperbuat daripada segumpal kertas emas biasanya diambil dari kotak rokok. Bola digerakkan dengan pemain menepuk satu kad yang akan menggerakkan bola sebagai pemain bola sepak di padang hingga masuk ke jaringan gol.  

Sastera di Pandang Enteng

Image
  "Sastera tidak dipandang oleh masyarakat sekarang kerana wujudnya mentaliti negatif sastera." Fenomena mentaliti negatif sastera wujud apabila pendidikan sastera yang diamalkan sekarang tidak membayangkan sastera dalam konteks kekayaaan dan kebesaran sejarah peradaban sebenarnya, khususnya  yang berkembang di kepulauan Melayu-Indonesia abad ke-16. Hal ini bertambah pula dengan pemisahan antara aliran sains bagi ;elajar cemerlang dengan pelajar kurang cemerlang untuk aliran sastera yang membentuk perspektif negatif dan merendah rendahkan sastera hingga sekarang. namun begitu, banyak cara yang kita boleh wujudkan untuk mengekalkan sastera duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan aliran sains, antaranya ialah mencadangkan agar subjek kesusasteraan Melayu diperkenalkan dalam konteks great tradition atau pendekatan ketamadunan. 

Rendang Tok

Image
  Sajian tradisional Rendang Tok menjadi pilihan utama masyarakat Perak. Bahan utama ialah daging lembu manakala bahan-bahan sampingan ialah bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, serai, cili giling, kunyit, daun kunyit, ketumbar, jintan putih, jintan manis, santan pekat, gula melaka, kerisik, asam jawa dan garam secukup rasa. Bahan penumis pula ialah kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga serta minyak makan secukupnya. Daging perlu diperap semalaman bersama bahan-bahan sampingan. Selepas itu pindahkan ke dalam kuali, masukkan air dan masak sehingga daging empuk. Tumis bahan penumis kemudian masukkan daging yang diperap berserta bahan-bahan perapan dan tumis sehingga masak.

Baju Puteri Perak

Image
  Baju potongan Kurung Cekak Musang dipadankan bersama seluar rencong Acheh. Boleh dipakaikan sedondon, tetapi lebih menarik jika berlainan warna. Dilengkapkan bersama ikatan samping ’ombak beralun bersusun sireh’ dan dikemaskan dengan lilitan bengkung di pinggang. Selendang panjang Kak Limar disendengkan ke bahu kanan dan dibiarkan berjuntai ke belakang hingga paras lutut. Diserikan bersama perhiasan seperti tetapan dahi, rambut berjurai kanan, pacak ketar 7, rantai leher, anting-anting, gelang tangan dan kaki, serta berkasut tekat benang emas.

Tokoh Sastera- Arenawati

Image
 Sasterawan Negara Arena Wati  Nama sebenar beliau ialah Muhammad@Mohd. Dahlan bin Abdul Biang. Dilahirkan di Kalumpang, Jeneponto, Makasar, Indonesia pada 30 Julai 1925. Menerima pendidikan sehingga ke peringkat Sekolah Menengah Atas (SMA). Menjadi pelaut selama sembilan tahun sebelum menjadi wartawan dan pengarang. Arena Wati melibatkan diri di dalam bidang penulisan sejak tahun 1950-an. Beliau mempunyai pengalaman yang luas hasil daripada penglibatannya di dalam hal-hal pelayaran dan perkapalan serta pengembaraannya ke seluruh Kepulauan Melayu, Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah. Beliau bergelar Sasterawan Negara k e-5 Arena Wati menulis novel dan cerpen. Antara novel beliau ialah   Kisah Tiga Pelayaran, Jalan Malam ke Ibu Kota, Gelora, Lingkaran, Gandaria, Sandera, Bunga Dari Kuburan, Kuntum Tulip Biru  dan  Sakura Mengorak Kelopak . Cerpen beliau yang dikumpulkan dalam bentuk buku ialah  Tingkah Manusia, Burung Badai, Johor Bahru  dan  Dua Za...

Rindu Awak Separuh Nyawa

Image
  Rindu Awak Separuh Nyawa  Sebuah drama yang sangat menarik bagi saya, drama yang mengetengahkan kisah cinta tiga segi yang tidak klise. Selalu drama yang dipertontonkan di televisyen menggunakan jalan cerita yang hampir sama dan klise, namun bagi drama ini ia mempamerkan jalan cerita yang berbeza. lakonan mantap yang ditonjolkan oleh Syukri Yahya, Neldya Senrose dan Marsha Milan. Dari segi jalan cerita, drama ini membuatkan para penonton tak keruan dalam menunggu setiap episode dan menjadikan penonton tidak sabar untuk mengetahui apa yang terjadi dalam episode seterusnya.  Selain itu, dari aspek nilai dan pengajaran pula, drama ini banyak menonjolkan kisah cinta yang terlalu banyak isu yang perlu dirungkaikan. namun begitu drama ini juga tidak lupa untuk menyampaikan mesej yang baik kepada para penonton. antara mesej yang disampaikan ialah, kita sebagai lelaki, hendaklah menghormati dan menjaga wanita dengan sebaik-baiknya, lebih lebih lagi apabila sudah memperisterikan...

Ustad Abdul Samad

Image
  Figura hebat di atas ini merupakan tokoh agama yang paling saya minati. setiap tutur kata yang keluar dari mulutnya ibarat permata nilainya. sedikit latar belakangnya yang membuatkan saya mengagumi beliau  Prof. Ustaz Dr. H.  Abdul Somad Batubara , Lc., M.A., Ph.D., Bergelar Melayu Riau "Dato' Seri Ulama Setia Negara" atau juga dikenali sebagai  Ustaz   Abdul Somad  ( Bahasa Arab  dan  tulisan Jawi    lahir pada 18 Mei 1977) ialah seorang ulama dari  Indonesia  yang berasal dari kawasan  Asahan ,  Sumatera Utara Abdul Somad menjadi terkenal melalui pendekatan dakwah melalui Internet serta gayanya yang diselipkan unsur tawa. Beliau telah dikenali kerana syarahannya merujuk kepada pelbagai tajuk perbualan mengenai keagamaan, khususnya berkenaan dengan kajian-kajian hadis dan falsafah perundangan Islam ( ilmu fiqah ). Di samping itu, beliau selalunya membincangkan pelbagai tajuk perbualan yang sedang sohor kini dalam s...

Isu Rumah pelacuran

Image
 Rumah pelacuran perlu ?  baru baru ini, kita dikecohkan dengan sesi temu bual yang dijalankan oleh selebriti hebat tanah air iaitu Dato Rosham Nor bersama isteri yang menampilkan seorang tetamu hebat dalam bidang keagamaan. pernyataan yang dikeluarkan oleh Dato tersebut dapat menarik minat perhatian penonton kerana pernyataan yang dikeluarkan seakan tidak sesuai di negara kita.  Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dah budaya , namun begitu agama utama negara kita ialah agama islam. pernyataan yang dikeluarkan oleh host tersebut menarik minat pelbagai pihak dan tular. hal ini dikatakan demikian menarik minat semua golongan cendiakawan untuk melontarkan pandangan masing masing berkaitan isu ini. saya secara personal agak tidak setuju dengan pernyataan yang dikeluarkan kerana ia seakan akan tidak menghormati kesucian agama islam.  di dalam sesi temu bual itu, Dato cuba melontarkan pandangan beliau cara untuk mengurangkan kes rogol di ne...

Motivasi hidupku

Image
         "ibu bapa adalah sumber motivasiku untuk terus hidup" sewaktu aku kecil, aku sering melihat proses membesar bagi abang abangku, jarak umur bagi aku dan abang abangku tidak jauh. kedua dua abangku ditakdirkan untuk masuk ke sekolah asrama penuh. setiap hari sekolah hidupku sunyi kerana kedua duanya berada di asrama. setiap kali hujung minggu abang abangku akan pulang dari sekolah, tetapi hanya 2 hari sahaja kami dpat meluangkan masa bersama. setiap kali hari ahad, kedua dua abangku akan memeluk aku dan berkata "adik jaga ibu babah elok elok ye, nanti abang balik lagi". sewaktu kecil kata kata ini tiada makna bagi aku. sehinggalah selepas aku menamatkan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia(STPM), Aku mendapat tawaran kemasukan di Universiti Putra Malaysia, dan ini adalah perpisahan yang pertama buat aku dan ibu. Setiap hariku ditemani dengan kerinduan dan kesunyian pada setahun pertama melangkah ke alam universiti. sesekali rasa ingin putus asa dan ingin ber...

Kritikan Terhadap Filem

Image
  MALBAT MISI BAKARA  Karya : Adrian Teh  Sebuah filem aksi yang agak menarik bagi penggemar karya-karya yang bergenre aksi terutamanya di Malaysia. Filem aksi yang diarahkan oleh sutradara Adrian Teh ini mengangkat atau mempertengahkan kisah peperangan yang oleh para pejuang Malaysia yang membantu negara lain.  Karya ini jika ingin dikaji dari sudut visualisasinya, saya boleh katakan visual yang digunakan sangat menarik dan rata-rata penonoton kagum apabila melihat aksi kamera yang cantik dan kelihatan sangat real. Dari segi bahasa yang digunakan, saya berpendapat bahawa bahasa yang digunakan untuk dipertontonkan oleh kanak-kanak. terdapat beberapa perkataan yang mengandungi unsur lucah.  sementelahan itu, dari sudut nilai dan pengajarannya, cerita ini dapat menanam nilai patriotisme dalam kalangan penonton.  

Pulau Pangkor

Image
Setelah 21 tahun aku hidup di muka bumi yang indah ini, aku telah dibawa oleh keluarga tercinta ke pelbagai destinasi yang menarik sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Banyak pengalaman yang aku lalui semasa melakukan aktiviti pengambaraan dan bercuti, ditipu soal ticket penerbangan, ditipu soal rupa paras bilik hotel dan lain lain lagi. Namun begitu, ada satu destinasi yang sentiasa menjadi memori indah bagi aku dan keluarga. walau bagaimanapun, destinasi ini tidak jauh dari rumah kediamanku yang terletak di Ipoh Perak. Percutian kami kali ini ke Pulau pangkor, perak. perjalanan yang memakan masa tidak lebib satu jam setengah sahaja. perjalan kami yang dimulakan dengan menaiki kereta, feri dan motosikal. Pada awalnya, ekspetasiku seakan hambar kerana semasa naik ferry, laut yang kami lalui tidak sejernih laut di langkawi mahupun di semporna sabah. namun setelah sampai di resort yang telah ditempah oleh ayahku, aku seakan terkejut malah terkentut, kerana warna air laut yang...