Tokoh Sastera- Arenawati


 Sasterawan Negara Arena Wati 

Nama sebenar beliau ialah Muhammad@Mohd. Dahlan bin Abdul Biang. Dilahirkan di Kalumpang, Jeneponto, Makasar, Indonesia pada 30 Julai 1925. Menerima pendidikan sehingga ke peringkat Sekolah Menengah Atas (SMA). Menjadi pelaut selama sembilan tahun sebelum menjadi wartawan dan pengarang. Arena Wati melibatkan diri di dalam bidang penulisan sejak tahun 1950-an. Beliau mempunyai pengalaman yang luas hasil daripada penglibatannya di dalam hal-hal pelayaran dan perkapalan serta pengembaraannya ke seluruh Kepulauan Melayu, Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah. Beliau bergelar Sasterawan Negara ke-5

Arena Wati menulis novel dan cerpen. Antara novel beliau ialah Kisah Tiga Pelayaran, Jalan Malam ke Ibu Kota, Gelora, Lingkaran, Gandaria, Sandera, Bunga Dari Kuburan, Kuntum Tulip Biru dan Sakura Mengorak Kelopak. Cerpen beliau yang dikumpulkan dalam bentuk buku ialah Tingkah Manusia, Burung Badai, Johor Bahru dan Dua Zaman (karya bersama).

Arena Wati merupakan seorang sasterawan yang sangat tekun, berpengalaman, dan mampu menghasilkan karya yang bermutu. Contohnya novel Lingkaran memenangi hadiah sagu hati di dalam Peraduan Mengarang Novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1962; novel Sandera memenangi hadiah ke-3 (hadiah paling baik pada masa itu) dalam Peraduan Mengarang Novel Sempena Sepuluh Tahun Kemerdekaan Negara; cerpen beliau seperti ‘Wisata’, ‘Bukan Satu Jalan ke Mekah’ dan ‘Alun Menggulung Perlahan’ memenangi Hadiah Sastera untuk tahun 1971 dan 1972.

Comments

Popular posts from this blog

Budaya, Nenek Si Bongkok Tiga

Hiburan Kanak-Kanakku