Sastera di Pandang Enteng

 


"Sastera tidak dipandang oleh masyarakat sekarang kerana wujudnya mentaliti negatif sastera."


Fenomena mentaliti negatif sastera wujud apabila pendidikan sastera yang diamalkan sekarang tidak membayangkan sastera dalam konteks kekayaaan dan kebesaran sejarah peradaban sebenarnya, khususnya  yang berkembang di kepulauan Melayu-Indonesia abad ke-16. Hal ini bertambah pula dengan pemisahan antara aliran sains bagi ;elajar cemerlang dengan pelajar kurang cemerlang untuk aliran sastera yang membentuk perspektif negatif dan merendah rendahkan sastera hingga sekarang.

namun begitu, banyak cara yang kita boleh wujudkan untuk mengekalkan sastera duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan aliran sains, antaranya ialah mencadangkan agar subjek kesusasteraan Melayu diperkenalkan dalam konteks great tradition atau pendekatan ketamadunan. 

Comments

Popular posts from this blog

Budaya, Nenek Si Bongkok Tiga

Hiburan Kanak-Kanakku

Tokoh Sastera- Arenawati