Bahasa Melayu vs Bahasa Rojak.
Bahasa Melayu vs Bahasa Rojak
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memelihara bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara ini. Tidak kiralah dalam apa bidang sekalipun, pertuturan dalam bahasa ini perlu dijaga.Namun, menyedihkan apabila bahasa kebangsaan semakin disisihkan. Dirosakkan gara-gara penggunaan bahasa rojak, pasar mahupun bahasa asing yang semakin berleluasa sekarang ini. Tak perlu pergi jauh, lihat sahaja drama tempatan kita. Penggunaan bahasa Melayu yang sebenar-benarnya itu semakin diabaikan. Malah dalam program hiburan sendiri, artis dan pempengaruh sekarang dilihat lebih memilih bertutur dalam bahasa Inggeris. Memang tak pandai berbahasa Melayukah?
Menurut Pengerusi Lembaga Pengelola DBP ke-12, Datuk Dr Anwar Ridhwan, dalam hal itu, beliau melihat perlunya misi utama penubuhan organisasi berkenaan terus diperjuangkan.Justeru tegas beliau, antara misi utama yang akan dilaksanakan sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP adalah menambah baik dan mengukuhkan usaha-usaha pengembangan bahasa Melayu serta sastera kebangsaan.
"Selain itu DBP perlu menerbitkan buku fiksyen dan bukan kreatif bermutu yang dapat menyumbang kepada masyarakat berbudaya juga berilmu pengetahuan.Hari ini bahasa Melayu terus menerima cabaran, umpamanya daripada bahasa asing serta penggunaan teknologi maklumat. Bahasa Melayu sepatutnya menjadi bahasa yang utama di negara ini, dikuasai oleh semua warganya dan digunakan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.Jadi untuk tujuan itu bahasa Melayu mesti menjadi bahasa ilmu dan mempunyai nilai ekonominya. Justeru beliau melihat perlunya diatur program secara sistematik berkaitan penterjemahan, penyebaran dan bicara karya di peringkat antarabangsa selain keperluan untuk melantik ejen penulis (literary agent) antarabangsa.
Comments
Post a Comment