Penglahiran Bakat Kreatif
PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF
KELAS TERAKHIR BERSAMA DR KAMARIAH
Pada awalnya, apabila melihat senarai daftar kursus subjek yang harus diambil semasa semester 3, aku terlalu teruja kerana dalam fikiran ku subjek ini , aku akan mempelajari berkaitan ilmu lakonan dan nyanyian dan sebagainya. rupanya tafsiran aku salah, subjek ini mengajar cara penulisan karya kreatif. lima minggu pertama, sejujurnya aku tidak meminati untuk hadir ke kelas ini. namun setelah terhasilnya sebuah cerpen hasil penulisan aku sendiri. perasaan ku berubah dan menjadi tertunggu-tunggu untuk menghadiri kelas tersebut. aku menjadi lebih semangat untuk menulis.
pensyarah yang mengajar subjek ini bukan calang calang orang. beliau seorang penulis yang sangat hebat dan beliau telah banyak memenangi banyak anugerah dalam bidang penulisan. beliau banyak hasilkan karya penulisan karya kreatif
subjek ini sangat bagus. usaha fakulti untuk mewajibkan subjek ini kepada semua pelajar dalam fakulti bahasa moden dan komunikasi. usaha ini mampu meningkatkan dan mencungkil bakat yang terpendam dalam jiwa seorang pelajar. hal ini dikatakan demikian kerana karya kreatif ini tiada tema dan kita bebas untuk menulis dan menyuarakan sesuatu pandangan.
Comments
Post a Comment