Ustad Abdul Samad
Figura hebat di atas ini merupakan tokoh agama yang paling saya minati. setiap tutur kata yang keluar dari mulutnya ibarat permata nilainya. sedikit latar belakangnya yang membuatkan saya mengagumi beliau
Prof. Ustaz Dr. H. Abdul Somad Batubara, Lc., M.A., Ph.D., Bergelar Melayu Riau "Dato' Seri Ulama Setia Negara" atau juga dikenali sebagai Ustaz Abdul Somad (Bahasa Arab dan tulisan Jawi lahir pada 18 Mei 1977) ialah seorang ulama dari Indonesia yang berasal dari kawasan Asahan, Sumatera Utara
Abdul Somad menjadi terkenal melalui pendekatan dakwah melalui Internet serta gayanya yang diselipkan unsur tawa. Beliau telah dikenali kerana syarahannya merujuk kepada pelbagai tajuk perbualan mengenai keagamaan, khususnya berkenaan dengan kajian-kajian hadis dan falsafah perundangan Islam (ilmu fiqah). Di samping itu, beliau selalunya membincangkan pelbagai tajuk perbualan yang sedang sohor kini dalam sebuah khalayak ramai dan masyarakat tempatan seagama Islam, antaranya ialah yang mengenai perkara rasa kebangsaan.
hidupnya pada awal seakan manusia biasa, namun nikmat allah menjadikan beliau seorang yang sangat dihormati dan disegani di seluruh negara Asia. Abdul Somad merupakan putra pasangan Bakhtiar[ dan Rohana. Dari pihak ibu, garis keturunannya bersambung kepada Syekh Abdurrahman atau Tuan Syekh Silau Laut I, ulama sufi tarekat Syattariyah dari Rao, Batubara Tuan Syekh Silau Laut I merupakan keturunan perantau Minangkabau yang dengan keturunan berasal dari Mudik Tampang, Rao, Pasaman.
latar belakang pendidikannya, Ustaz Abdul Somad menempuh pendidikan formal sehingga ke peringkat kedoktoran. Beliau tamat Sekolah Dasar Al-Washliyah, Medan pada tahun 1990. Kemudian beliau melanjutkan pengajian Madrasah Tsanawiyah Mu'allimin Al-Washliyah, Medan dan tamat pada 1993. Seterusnya beliau ke Madrasah Aliyah Nurul Falah, Air Molek, Inderagiri Hulu dan tamat pengajian pada 1996. Pada tahun 1998, beliau melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda (Licentiate) di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Beliau melanjutkan pengajian sehingga tahun 2002.
Usai pulang dari Mesir, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi namun hanya sempat untuk dua semester sahaja sebelum beliau berhenti. Pada tahun berikutnya (2004), beliau melanjutkan pengajian dalam diploma pengajian siswazah lanjutan (Diplôme d'Études Supérieures Avancées) di Institut Pengajian Islam Tinggi Darul Hadis al-Hassaniah di Rabat, Maghribi selama 3 tahun. Beliau juga telah menyelesaikan ijazah kedoktoran dalam bidang pengajian ilmu Hadis pada Disember 2019 dengan keputusan yang cemerlang dari Universiti Islam Omdurman, Sudan.
Comments
Post a Comment