Isu Rumah pelacuran
baru baru ini, kita dikecohkan dengan sesi temu bual yang dijalankan oleh selebriti hebat tanah air iaitu Dato Rosham Nor bersama isteri yang menampilkan seorang tetamu hebat dalam bidang keagamaan. pernyataan yang dikeluarkan oleh Dato tersebut dapat menarik minat perhatian penonton kerana pernyataan yang dikeluarkan seakan tidak sesuai di negara kita.
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dah budaya , namun begitu agama utama negara kita ialah agama islam. pernyataan yang dikeluarkan oleh host tersebut menarik minat pelbagai pihak dan tular. hal ini dikatakan demikian menarik minat semua golongan cendiakawan untuk melontarkan pandangan masing masing berkaitan isu ini. saya secara personal agak tidak setuju dengan pernyataan yang dikeluarkan kerana ia seakan akan tidak menghormati kesucian agama islam.
di dalam sesi temu bual itu, Dato cuba melontarkan pandangan beliau cara untuk mengurangkan kes rogol di negara kita yang kian meningkat, lebih lebih lagi yang melibatkan warga asing dengan wanita tempatan. walaupon begitu, apa yang cuba disampaikan ada bernasnya cumanya ia menjadi agak tidak sesuai apabila ia seakan menggalakkan lagi kemunculan rumah rumah pelacuran di Malaysia. hal ini dikatakan demikian akan memberikan pengaruh yang tidak baik terhadap generasi akan datang.
Comments
Post a Comment