Motivasi hidupku
sewaktu aku kecil, aku sering melihat proses membesar bagi abang abangku, jarak umur bagi aku dan abang abangku tidak jauh. kedua dua abangku ditakdirkan untuk masuk ke sekolah asrama penuh. setiap hari sekolah hidupku sunyi kerana kedua duanya berada di asrama. setiap kali hujung minggu abang abangku akan pulang dari sekolah, tetapi hanya 2 hari sahaja kami dpat meluangkan masa bersama. setiap kali hari ahad, kedua dua abangku akan memeluk aku dan berkata "adik jaga ibu babah elok elok ye, nanti abang balik lagi". sewaktu kecil kata kata ini tiada makna bagi aku. sehinggalah selepas aku menamatkan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia(STPM), Aku mendapat tawaran kemasukan di Universiti Putra Malaysia, dan ini adalah perpisahan yang pertama buat aku dan ibu. Setiap hariku ditemani dengan kerinduan dan kesunyian pada setahun pertama melangkah ke alam universiti. sesekali rasa ingin putus asa dan ingin berhenti menghengtam diriku dengan hebat, tetapi aku sentiasa memikirkan akan perasaan ibu dan ayahku. setiap langkah dan perbuatanku sentiasa aku sematkan dalam minda dan jiwaku untuk banggakan mereka.
Comments
Post a Comment