Pulau Pangkor

Setelah 21 tahun aku hidup di muka bumi yang indah ini, aku telah dibawa oleh keluarga tercinta ke pelbagai destinasi yang menarik sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Banyak pengalaman yang aku lalui semasa melakukan aktiviti pengambaraan dan bercuti, ditipu soal ticket penerbangan, ditipu soal rupa paras bilik hotel dan lain lain lagi. Namun begitu, ada satu destinasi yang sentiasa menjadi memori indah bagi aku dan keluarga. walau bagaimanapun, destinasi ini tidak jauh dari rumah kediamanku yang terletak di Ipoh Perak. Percutian kami kali ini ke Pulau pangkor, perak. perjalanan yang memakan masa tidak lebib satu jam setengah sahaja. perjalan kami yang dimulakan dengan menaiki kereta, feri dan motosikal. Pada awalnya, ekspetasiku seakan hambar kerana semasa naik ferry, laut yang kami lalui tidak sejernih laut di langkawi mahupun di semporna sabah. namun setelah sampai di resort yang telah ditempah oleh ayahku, aku seakan terkejut malah terkentut, kerana warna air laut yang tadi sangat berbeza dengan laut yang di resort ini. resort ini berada dalam air. Permandangannya sangat cantik dan bersih sekali. 




Bahagia itu sederhana 

Ayah dan ibuku sering berpesan bahawa bahagia itu kita boleh perolehi dengan pelbagai cara. misalnya pengalaman ini, destinasi ini tidak jauh dari rumahku dan tidak perlu menggunakan wang yang banyak untuk berkunjung di sini jika dibandingkan dengan berkunjung di resort seperti sabah, langkawi dan sebagainya. kini aku percaya, tak semestinya jauh atau mahal baru dapat permandangan yang cantik, yang dekat pon boleh memberikan kita pengalaman dan kesan yang sama. 

Comments

Popular posts from this blog

Budaya, Nenek Si Bongkok Tiga

Hiburan Kanak-Kanakku

Tokoh Sastera- Arenawati